Rancangan Pengajaran Harian


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH )

Mata pelajaran          : Bahasa Melayu
Tahun                        : 4 Anggerik
Bilangan Murid        : 30 orang
Tema                          : Keluargaku Sayang
Tajuk                          : Hargai Pengorbanan Ibu Bapa
Tarikh                         : 12 September 2012
Masa                          : 60 minit
Objektif                       : Pada akhir pelajaran murid dapat;
I.              Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal ayat majmuk dengan intonasi yang betul.
II.            Menerangkan makna perkataan, simpulan bahasa, frasa dan ayat.
III.           Menceritakan isi bahan yang dibaca serta menyatakan gambaran umum tentang ssuatu teks yang dibaca.
IV.          Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan
Hasil Pembelajaran:

5.1       Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul
dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada
     intonansi berdasarkan tanda baca.

5.2       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
            Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi  
     yang betul.
            Aras 1 (i) Menceritakan isi bahan yang dibaca.
           
8.1       Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat majmuk.    
Aras 1 (i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang
    diberikan.
Kemahiran Bahasa             : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa         : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
  dan intonasi.
Ilmu                            : Pendidikan Moral
Nilai                            : Kasih sayang, menghargai dan hormat menghormati.
Tatabahasa               : Ayat tanya, ayat penyata dan ayat perintah.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir             : Menjana idea, dan mengkategori.
Kemahiran Belajar               : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
Kecerdasan Pelbagai         : Muzik, interpersonal
Kontekstual                           : Mengaitkan pengalaman sedia ada dan hidup 
  bekeluarga.
Pengetahuan Sedia Ada   :
*      Murid dapat menceritakan mengenai ibu dan ayah masing-masing.
*      Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.

BBB                            :
*      Powerpoint
*      Lagu “Ayah dan Ibu” daripada Allahyarham Sudirman.
*      Teks cerita “Ibu”
*      Video “Maafkan aku wahai ayah dan ibu”
*      Lembaran kerja.









Langkah
Isi Kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5minit)
-Lagu
“Ayah dan Ibu”
-Merangsang minat murid terhadap pelajaran.
-Soalan.
1.Siapa yang sayang ibu?
2. Mengapa kita perlu sayang ibu kita?
3.Bagaimana nak tunjukkan persaan sayang pada ibu?

-Guru memperdengarkan murid dengan lagu “Ibu Ayah” dendangan Allahyarham Sudirman.
-Guru bersoal jawab mengenai ibu.
-Guru mengaitkan lagu dengan tajuk pelajaraan pada hari tersebut.
-Murid mendengar lagu “Ibu Ayah” melalui computer.
-Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
-Murid-murid memberi sebab-sebab mengapa kita perlu menghormati ibu.
Nilai: Kasih sayang
BBM:
Klik dibawah untuk paparan lagu “Ibu dan ayah”

Langkah 1
(15 minit)
-Tajuk teks “Ibu”.
(Lampiran)

-Ayat Penyata

1. Nizam telah bulat hati untuk meninggalkan kampung halamannya.
2.Dia benar-benar mahu mengubah nasib keluarganya.

-Ayat Perintah

1.Janganlah pergi, Nizam.
2.Usahlah menagis lagi.


-Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.
-Guru bersoal jawab dengan murid mengenai teks.
-Guru meminta murid-murid mencari dua ayat penyata dan ayat dan dua ayat perintah.
-Beberapa orang murid membaca petikan yang bertajuk “Ibu” secara bergilir-gilir dengan sebutan dan intonasi yang betul.
-Murid-murid yang lain membaca petikan teks dengan teliti.
-Murid menjawab soalan yang ditanya.
-Murid menyenaraikan dua ayat penyata dan dua ayat perintah.






BBM:
-Buku teks Bahasa Melayu Tahun 4

-Petikan teks “Ibu”
Langkah 2
(20 minit)
-Pembentukan kumpulan.
-Menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat dalam teks.
-Latihan membina ayat berdasarkan simpulan bahasa.
-Guru meminta murid-murid membentuk lima kumpulan.
-Guru meminta setiap kumpulan mencari simpulan bahasa yang terdapat di dalam teks terlebih dahulu.
-Guru memberikan sampul surat kepada murid yang mengandungi simpulan bahasa.
-Guru meminta murid membina ayat berdasarkan simpulan bahasa yang terdapat di dalam sampul surat tersebut.
-Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil kerja berkumpulan masing-masing.
-Murid-murid membentuk kumpulan.
-Murid menyenaraikan simpulan bahasa yang terdapat di dalam petikan teks “Ibu”.
-Murid membuka sampul surat dan membina ayat yang lengkap berdasarkan simpulan bahasa yang mereka dapat.
-Wakil kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk membentangkan hasil kerja berkumpulan masing-masing.

Strategi:
Perbincangan kumpulan.

Nilai:
-Bekerjasama
-Berani
BBM:
-Manila kad, marker pen, kad perkataan.
Langkah 3
(15 minit)

-Aktiviti pengukuhan dalam kumpulan.
-Lembaran kerja

Ayat Tanya:
-Murid-murid membina ayat Tanya berdasarkan perkataan yang berwarna di dalam petikan teks “Ibu”
-Guru menyemak jawapan yang dibentangkan oleh murid daripada setiap kumpulan.
-Jawapan yang salah diperbetulkan oleh guru.
-Guru memberi tepukan dan penghargaan kepada setiap kumpulan murid yang membentangkan jawapan mereka.
-Guru mengagihkan lembaran kerja kepada murid-murid.
-Guru membimbing murid menjawab soalan dengan betul.
-Murid memberi tumpuan terhadap jawapan yang disemak oleh guru.
-Murid memberi tepukan kepada wakil kumpulan yang membentangkan jawapan mereka.
-Murid menjawab lembaran kerja yang diagihkan oleh guru.
-Murid bertanya soalan yang mereka tidak faham.
Nilai:
-Kerjasama
-Tekun

BBM:
-Lembaran kerja.
Penutup
(5 minit)
-Merumuskan mengenai isi pelajaran pada hari tersebut.

-Penerapan nilai-nilai murni.

-Video “Terima Kasih Ibu Ayah”
Nyanyian kumpulan nasyid Hijjaz.
-Guru merumuskan tajuk pelajaran pada hari ini dengan menerapakan nilai-nilai murni yang perlu ada pada setiap murid.
-Guru menayangkan paparan video kumpulan Hijjaz yang bertajuk “Terima Kasih Ibu Ayah”
-Murid mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh guru.
Murid menonton video daripada kumpulan Hijjaz “Terima Kasih Ibu Ayah”.

No comments:

Post a Comment