Bahan
pengajaran dan pembelajaran kini boleh diperolehi bukan hanya daripada
buku-buku teks malah ia boleh didapati daripada bahan-bahan internet yang
merupakan salah satu sumber yang besar dalam meyumbangkan bahan-bahan
pengajaran. Hal ini kerana kita boleh mendapatkan bahan-bahan daripada negeri
dan negara lain sebagai rujukan juga sebagai bahan bantu mengajar untuk kita
gunakan dalam proses P&P terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pemilihan
bahan internet untuk P&P Bahasa Melayu ini sering dipilih bagi pemilihan
seperti berikut:
Bahan sastera
Bahan
tatabahasa
Bahan bidang
ilmu lain
Berdasarkan
aspek pendidikan, sebelum guru-guru menggunakan bahan-bahan sumber dari internet,
sama ada untuk pengajaran dan pembelajaran secara langsung di bilik darjah atau
sekadar sebagai bahan bantu mengajar yang telah terlebih dahulu dimuat turun,
proses penilaian dan pemilihan perlu dilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya
bahan sumber yang digunakan itu benar-benar membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini bagi mengelakkan timbulnya kesan negatif yang tidak
dikehendaki atau djangka kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Memilih
Bahan Sastera
Bahan sastera
merupakan bahan yang berkaitan dengan kesusteraan yang mempunyai keistimewaan
tersendiri berbanding bahan yang lain. Genre Sastera ialah kategori atau
jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya, bentuk atau
kandungan tertentu. Bahan sastera ini merangkumi beberapa jenis seperti:
Syair
Pantun
Seloka
Gurindam
Puisi
Cerita Pendek
Pemilihan
bahan sastera juga perlulah berkaitan unsur-unsur kesusteraan. Menurut Hashim
Awang, unsur-unsur yang terdapat dalam kesusteraan ialah seperti:
i. Intelek
ii. Emosi
iii. Imaginasi
iv. Teknik
Pemilihan
bahan sastera perlu mengambilkira juga aspek-aspek lain seperti aspek-aspek
terhadap penerimaan bahan tersebut kepada murid. Antara aspek-aspek tersebut
ialah:
Pemilihan
bahan tatabahasa
Tatabahasa
merupakan ialah bidang yang menumpukan perhatian terhadap pembentukan kata dan
proses pembinaan ayat sesuatu bahasa. Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat
yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan
yang bermakna. Perkataan dibina oleh gabungan bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa
yang mempunyai makna, digabungkan menjadi suku kata dan perkataan. Seringkali
selepas pembelajaran dalam kelas murid-murid akan diberi latihan tatabahasa.
Sebelum memuat turun bahan tatabahasa harus melihat juga isi kandungan
tatabahasa tersebut, jenis-jenis bahan tatabahasa dan kaitannya dengan sukatan
pelajaran serta RPH. Berikut merupakan jenis-jenis tatabahasa
Jenis-jenis
tatabahasa
Jenis-jenis
tatabahasa boleh diperolehi melalui laman web
Dalam laman web ini
mengandungi penerangan mengenai tatabahasa dan jenis-jenisnya
Jenis-jenis
tatabahasa
Kata nama
Kata Hubung
Kata kerja
Kata sendi
nama
Kata nama khas
Memilih
bahan bidang ilmu lain.
Bagi bidang
ilmu lain adalah seperti bidang agama, ilmu sains, ilmu geografi, Matematik dan
sejarah. Bidang-bidang ini boleh diperolehi dengan melayari pelbagai alamat
URL. Namun sebagai contoh alamat URL bidang lain adalah seperti:
No comments:
Post a Comment